http://www.emailcashpro.com

Tuesday, July 24, 2012

Pakej pernikahan di Songkhla, Thailand

 

 

Pihak kami mengadakan laman web ini adalah bertujuan untuk menawarkan pakej kahwin di Songkhla bagi pasangan yang mempunyai masalah. Khidmat yang diberikan adalah sah dan lengkap serta menjanjikan ketenangan hati yang terbaik kepada pasangan di mana pernikahan dilakukan di Majlis Agama Islam Songkhla yang beroperasi di bangunan Masjid Hatyai, Songkhla sehingga mendapat surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia yang turut berada di lokasi Songkhla.

Dengan izin Allah semua urusan dapat diselesaikan dalam masa 2 hari. Surat pengesahan Konsulat Malaysia bertujuan untuk memaklumkan kepada mana-mana Pejabat Agama Islam di Malaysia, juga dokumen yang diperolehi sebaik sahaja selesai pernikahan di Masjid supaya pernikahan tersebut dapat didaftarkan di Malaysia tanpa sebarang masalah.

Pasangan dapat mempastikan perkhidmatan yang ditawarkan kami adalah sah dengan melalui sendiri proses berikut bersama pihak kami:
1. Pernikahan oleh jurunikah bertauliah di Majlis Agama Islam Songkhla, Masjid Hatyai.

2. Pengeluaran Sijil Nikah pada hari yang sama.

3. Majlis Agama Islam Songkhla mengeluarkan surat pengesahan nikah adalah sah dan bukan sindiket kepada Konsulat Malaysia

4. Singgah di Konsulat Malaysia di Songkhla untuk menyerahkan surat nikah bagi mendapatkan surat  pengesahan nikah. (Surat pengesahan sah nikah dari Konsulat Jeneral Malaysia adalah surat dari Kerajaan Malaysia yang menerima pernikahan itu sebagai sah. Pejabat Agama di Malaysia memerlukan surat tersebut bagi pendaftaran perkahwinan di Malaysia.Tidak akan timbul isu dalam pendaftaran di Malaysia kelak).

5. Kembali ke Konsulat Jeneral Malaysia ke esokkan hari untuk mengambil surat pengesehan nikah dan pulang ke Malaysia.



Harga pakej yang ditawarkan adalah RM2000 (boleh dirunding) selama 2 hari termasuk semua kos seperti tersebut di bawah:
1. Kos perjalanan pergi balik dari Malaysia ke Siam (kenderaan, minyak, pemandu, tol, dll)

2  Kos Penginapan Hotel selama 1 malam

3. Kos makan dan minum.

4. Bayaran kepada jurunikah, saksi, pengeluaran surat nikah dan lain-lain berkaitan akad nikah

5. Bayaran kepada Majlis Agama untuk pengeluaran surat pengesahan yang ditujukan kepada
Konsulat Jenaral Malaysia

6. Kos perjalanan ke Konsulat Jeneral Malaysia dan bayaran kepada Konsulat Jeneral Malaysia untuk pengeluaran surat pengesahan yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia.

 7. Kos kenderaan dan perjalanan untuk bersiar-siar sekitar Songkhla.


Mas kahwin adalah berasingan. Terpulang kepada pasangan untuk menetapkannya.
Dan melalui laman web ini, kami tawarkan khidmat nikah di Siam Thailand untuk membantu anda berkahwin di Songkhla dan seterusnya mendapatkan semua sijil dan surat pengesahan dalam masa 2 hari, dengan harga yang cukup menarik. 


Hubungi - 019-3410464 atau email sinarcahay4@gmail.com

No comments:

Post a Comment